Wednesday, August 11, 2010

195829-Sharul Rakhaie Bin Razali







Kes-kes Buli Di Malaysia

Salah satu kes buli yang berlaku ialah kes buli di dungun, terengganu di mana seorang pelajar parah akibat dibelasah oleh lima pelajar lain di sebuah sekolah menengah di bandar Bukit Besi.Mangsa dipercayai diserang dan dipukul dengan kerusi dan disepak di beberapa bahagian tubuh pada waktu rehat, kira-kira puku 10.50 pagi.Mangsa yang ditempatkan di wad HHT terpaksa menggunakan kerusi roda kerana sukar bergerak.

Pada Mac 2004, negara kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar sekolah agama yang ditemui mati di dalam tandas akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior.
Pada 2007 pula seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.

Pada 2008 pula sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali, Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.Manakala pada februari 2009 pula seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube.

Pada Mac 2009 pula seorang pelajar, Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok. Dan akhir sekali kes buli yang yang dilaporkan ialah hanya disebabkan tidak puas hati memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.






No comments:

Post a Comment