Monday, August 9, 2010

Kesimpulan

Natijahnya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Jika diteliti secara telus punca-punca berlakunya buli berlaku kerana sikap manusia itu sendiri yang kurang pegangan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa.Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca isu ini sukar utuk diselesaikan.Pengaruh media massa serta amalan dan polisi sekolah yang longgar juga menjadi punca kenapa isu ini terus berleluasa.

Masalah ini perlu dibasmi kerana buli akan memberi kesan buruk terutamaya kepada individu yang terlibat dengan buli. Antara kesannya ialah mangsa akan hilang keyakinan diri, tekanan perasaan serta kecederaan jangka panjang dan jangka pendek. Selain itu kesan bagi pembuli pula ialah memupuk sikap gangsterisme dalam diri pembuli itu sendiri.


Jadi, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Antaranya, memberi lebih autoriti kepada pihak berwajib untuk menangani masalah buli ini. Sebagai contoh guru, polis dan sebagainya. Selain itu kempen kesedaran tentang bahayanya buli juga perlu diberi penekanan. Selain itu, peranan ibu bapa dalam memerhatikan anak-anak turut perlu diberi perhatian.

Jika semua perkara ini dititikberatkan nescaya masalah buli ini dapat diatasi di Malaysia dan negara dapat membentuk satu masyarakat yang berkarisma dan berdisiplin

No comments:

Post a Comment