Sunday, August 15, 2010

206759-Noor Azilawani Bt Jusoh


Fenomena Buli

Buli menurut kamus dewan dan pustaka membawa maksud perbuatan mendera,mempermainkan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.Mempermainkan orang yang lemah dengan tujuan untuk mengertak dan menakut-nakutkan si mangsa.Buli terbahagi kepada lima jenis iaitu buli fizikal merupakan perlakuan mengakibatkan kecederaan.Seterusnya ialah buli bahasa iaitu menjadikan bahasa sebagai medium untuk menyampaikan maksud di hati dengan mengejek.

Tambahan lagi ialah buli isyarat ialah perbuatan menggunakan isyarat seperti menjelir lidah, menjegil mata dan sebagainya.Jenis buli yang keempat pula ialah buli peras ugut merupakan peras ugut adalah perilaku buli yang paling sinonim di kalangan remaja.Jenis buli yang terakhir ialah buli memulau iaitu perbuatan memulau berlaku sekiranya individu itu tidak diterima sebagai ahli dalam sebuah kumpulan.

Wednesday, August 11, 2010

195829-Sharul Rakhaie Bin Razali







Kes-kes Buli Di Malaysia

Salah satu kes buli yang berlaku ialah kes buli di dungun, terengganu di mana seorang pelajar parah akibat dibelasah oleh lima pelajar lain di sebuah sekolah menengah di bandar Bukit Besi.Mangsa dipercayai diserang dan dipukul dengan kerusi dan disepak di beberapa bahagian tubuh pada waktu rehat, kira-kira puku 10.50 pagi.Mangsa yang ditempatkan di wad HHT terpaksa menggunakan kerusi roda kerana sukar bergerak.

Pada Mac 2004, negara kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar sekolah agama yang ditemui mati di dalam tandas akibat dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior.
Pada 2007 pula seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.

Pada 2008 pula sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali, Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.Manakala pada februari 2009 pula seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube.

Pada Mac 2009 pula seorang pelajar, Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan membelikannya rokok. Dan akhir sekali kes buli yang yang dilaporkan ialah hanya disebabkan tidak puas hati memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.






206754-Nurul Syafiqah Binti Zubaidi

Antara faktor yang mendorong terjadinya kejadian buli ialah pengaruh daripada rakan sebaya.Kebanyakkan ibu bapa sekarang ini bekerjaya dan jarang meluangkan masa bersama anak-anak.Kekangan masa yang terhad antara ibu bapa dan anak-anak ini menyebabkan remaja lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan.Lantaran itu mereka lebih mementingkan rakan daripada ibu bapa dan orang lain dalam menjadi ikutan.Tekanan daripada rakan sebaya menyebabkan mereka mudah terpengaruh dalam melakukan aktiviti tidak bermoral seperti buli.


Faktor seterusnya ialah pengaruh daripada media massa.Lambakan filem antarabangsa yang memenuhi pawagam sekarang ini banyak memaparkan adegan aksi berbahaya seperti pergaduhan,perlumbaan haram,pembunuhan dan sebagainya.Selain itu,syarikat-syarikat media telekomunikasi juga banyak memaparkan drama berunsur aksi dan negatif.Contohnya seperti “KL Menjerit”,”Evolusi KL Drift” ,”Buli” dan sebagainya.Secara tidak langsung remaja yang menontonnya mudah terpengaruh lalu cuba meniru aksi tersebut dan membuli remaja yang lain.

206742-Norasimah Binti Idris


Sebab- Masalah desakan hidup

Masalah desakan hidup juga menjadi punca berlakunya masalah buli.Hal ini kerana,pengabaian ibu bapa terhadap tanggungjawab dalam mendidik anak-anak.Keadaan ini menyebabkan anak-anak mudah memberontak menghadapi tekanan perasaan.Tekanan perasaan yang dialami oleh remaja disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kepincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup.Bagi melepaskan tekanan perasaan tersebut,mereka membuli kanak-kanak lain semata-mata untuk melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka.Seperti dalam kes yang berlaku pada 20 Mac 2005,Jeff Weise seorang pelajar di Red Lake High School,Minnesot,Amerika Syarikat telah mengamuk dan menembak lima orang rakannya,seorang guru dan seorang pengawal keselamatan.

Selain itu,itu sekadar seronok-seronok menjadi faktor perbuatan buli.Pembuli berasa seronok melihat orang lain merana dengan ganguan mereka.Ada sesetengah pelajar menjadikan membuli sebagai hobi. Mereka berasa sangat hebat dan puas dengan membuli dan menguasai orang lain.Sebagai contoh,kes pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku Lipis,Mohammad Afiq Qusyairi Baharuddin yang mana menerima rawatan intensif di hospital akibat dibuli oleh senior pada April dan Mei 2005.

206741-Amirah Fatonah Binti Azmi


Kesan buli

Kesan daripada buli tersebut menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan perasaan yang boleh membawa kepada perkara-perkara yang serius seperti membunuh diri.Hal ini berlaku kerana mereka merasakan diri mereka tidak berguna dan kehidupannya tidak baik untuk diteruskan akibat daripada pengalaman-pangalaman pahit yang dilalui.Tambahan lagi, buli juga memberi kesan kepada negara. Antaranya ialah melahirkan generasi yang memiliki sifat-sifat ganas dan kehilangan rasa perikemanusiaan lalu cenderung menindas orang lain sehingga terbawa-bawa ke peringkat umur yang akan datang.Kesimpulannya, gejala buli ini perlu ditangani dengan segera supaya tidak berlaku pada generasi akan datang.

Monday, August 9, 2010

206718-Noornaimah Binti Jabar



Kesan-Mengalami masalah dalam pelajaran

Selain itu, mangsa buli turut mengalami masalah di dalam pelajaran mereka. Keadaan ini berlaku apabila mangsa buli tidak berasa selamat dengan persekitaran mereka terutama apabila kejadian buli tersebut berlaku di kawasan sekolah. Situasi ini menyebabkan mereka sukar memahami sesuatu yang diajarkan oleh guru-gurunya. Keadaan ini menyebabkan mangsa buli tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka dan menjadi pasif di dalam kelas. Sekiranya keadaan ini berterusan, maka mangsa buli tersebut akan ketinggalan di dalam pelajaran mereka.

206765-Ramlah Binti Mohd Nasir


Kesan kepada diri pembuli itu sendiri


Ironi perbuatan buli terutamanya yang menyebabkan kehilangan nyawa menyebabkan pembuli tersebut dikenakan hukuman penjara.Hal ini akan menjejaskan proses pembelajaran mereka menyebabkan mereka ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan berbanding rakan sebaya mereka yang tidak terlibat dengan buli yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara bahkan ada yang sudah bekerjaya.Sebagai contoh, Hisham Malek yang sepatutnya membuat persediaan untuk menghadapi SPM dikenakan hukuman penjara kerana telah membelasah seorang pelajar tingkatan 2.

206792- Lye Lee Peng


Langkah mengatasi buli- mengadakan kempen tentang buli

Langkah untuk mengatasi gejala buli ini ialah mengadakan kempen kesedaran tentang bahayanya gejala buli.Hal ini demikian kerana, kempen kesedaran ini boleh dianjurkan di kawasan sekolah dan di institu pengajian tinggi yang sentiasa mempunyai kes buli ini.Melalui kempen kesdaran ini, para pelajar dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang permasalahan ini. Para pelajar akan terdedah dengan penglibatan jenayah buli secara langsung dan tidak langsung melalui kempen kesedaran ini. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan para pelajar akan mengambil jalan inisiatif untuk mengelak daripada menjadi mangsa buli dan seterusnya mengelak daripada menjadi pembuli.

207106-Lim Sheue Fang


Banyak lagi langkah mengatasi masalah buli ini. Antaranya ialah:

Kaunseling

Antara langkahnya adalah memperbanyakkan sesi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah agar mereka tidak mengulangi tindakan-tindakan membuli lagi. Setiap sekolah digalakkan menghantar seorang guru kaunseling kerana guru kaunseling dapat memberikan kaunseling yang sewajarnya kepada bukan saja mangsa tetapi juga kepada pembuli. Hal ini dapat merawat dari segi psikologi dan fizikal. Sebagai contohnya, guru kaunseling boleh mengadakan sesi main peranan tingkah laku empatik terhadap pembuli manakala mengadakan sesi asertif terhadap mangsa buli.

Penggunaan CCTV

Kebanyakan kes buli berlaku di kawasan sekolah dan jarang dapat dikesan oleh guru-guru. Dengan memasang CCTV di setiap sudut sekolah,ia dapat mengurangkan kegiatan buli ini.CCTV juga membantu guuru sekolah untuk memerhati gerak geri pelajar agar mereka tidak berani melakukan tingkah laku buli. Hal ini secara tidak langsung dapat menyemai sifat yang positif terhadap pelajar.

206708-Swee Sin Poh


Langkah mengatasi- peranan badan-badan bukan kerajaan

Peranan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan(NG0)perlu melaksanakan kempen-kempen seperti kempen pencegahan buli yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli ini.Kempen ini dianjurkan dengan memberi tumpuan kepada ibu bapa dan pihak sekolah dan memberi pendedahan kepada mereka tentang isu buli agar mereka dapat mengenalpasti sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau pembuli. Golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak terjejak salah langkah dan bagi yang telah menjadi mangsa buli perlu disedarkan dan diberi semangat oleh badan-badan kerajaan dan NGO agar melaporkan kejadian buli kepada pihak berkenaan.

Kesimpulan

Natijahnya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Jika diteliti secara telus punca-punca berlakunya buli berlaku kerana sikap manusia itu sendiri yang kurang pegangan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa.Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca isu ini sukar utuk diselesaikan.Pengaruh media massa serta amalan dan polisi sekolah yang longgar juga menjadi punca kenapa isu ini terus berleluasa.

Masalah ini perlu dibasmi kerana buli akan memberi kesan buruk terutamaya kepada individu yang terlibat dengan buli. Antara kesannya ialah mangsa akan hilang keyakinan diri, tekanan perasaan serta kecederaan jangka panjang dan jangka pendek. Selain itu kesan bagi pembuli pula ialah memupuk sikap gangsterisme dalam diri pembuli itu sendiri.


Jadi, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Antaranya, memberi lebih autoriti kepada pihak berwajib untuk menangani masalah buli ini. Sebagai contoh guru, polis dan sebagainya. Selain itu kempen kesedaran tentang bahayanya buli juga perlu diberi penekanan. Selain itu, peranan ibu bapa dalam memerhatikan anak-anak turut perlu diberi perhatian.

Jika semua perkara ini dititikberatkan nescaya masalah buli ini dapat diatasi di Malaysia dan negara dapat membentuk satu masyarakat yang berkarisma dan berdisiplin